Berubah...Mengubah...Perubahan...

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….”
-Surah Ar-Ra’ad, Ayat 11-

Saya pernah terbaca satu kisah berkenaan perubahan, saya ingin sekali berkongsi berkenaan kisah tersebut. Semoga kisah ini memberi kita impak untuk merubah diri kita. Kisahnya begini..

=====================================================

Ketika saya masih muda
Saya mengembara untuk mengubah dunia

Semakin saya meningkat dewasa
Saya rasa hasrat ini terlalu tinggi
Jadi saya bercadang mengubah negeri pula

Semakin dewasa, ini juga saya dapati terlalu tinggi
Jadi saya bercadang untuk mengubah bandar saya

Apabila saya sedar, ini juga tidak dapat saya lakukan
Saya ingin mengubah kampung saya

Keadaan masih sama, ini juga tidak dapat saya laksanakan
Saya cuba mengubah keluarga saya

Kini saya sudah tua, saya sedar saya seharusnya
Bermula dengan mengubah diri saya sendiri

Jika saya telah bermula dengan diri saya sendiri
Mungkin saya akan berjaya mengubah
Keluarga saya, Kampung saya, Bandar saya
Atau mungkin juga Negeri saya
dan siapa tahu, Mungkin Dunia ini juga

___________________________________________________

Apakah motivasinya kisah di atas..?

Dalam usaha mengubah nasib kita atau kehidupan kita, kita perlu memulakannya dengan diri kita sendiri. Kemudian barulah di susuri dengan matlamat atau cita-cita yang lebih besar. Sebagai contoh, kita ingin melihat keluarga kita mendirikan solat yang sebenarnya. Maka kita perlu mempersiapkan diri kita dahulu dengan ilmu solat tersebut. Kita juga perlu mahir dari setiap sudut tentang ilmu solat tersebut. Selain itu, kita perlu memiliki motivasi dan keazaman yang tinggi serta tidak mudah berputus asa. Apabila kita telah menguasai ilmu itu, maka barulah kita ajarkan kepada isteri kita dan seterusnya kepada keluarga kita. Tidak terhenti di situ, kita juga boleh pula ajarkan ilmu tersebut kepada jiran-jiran kita.

Selain itu, untuk mengubah kehidupan kita, kita perlukan matlamat. Matlamat, cita-cita, hala tuju dan tujuan kita haruslah jelas dan realistik. Ini bermakna matlamat yang telah kita tetapkan itu diyakini kita boleh mencapainya. Matlamat yang tidak jelas atau tidak realistik tentu sukar untuk dicapai. Contohnya kita ingin mencari calon isteri atau suami yang berasal dari Kelantan dan berketurunan Jawa. Tentu sukar untuk kita bertemu keturunan begitu. Tetapi jika matlamat kita jelas serta realistik, ianya mungkin mudah untuk kita capai. Contoh matlamat yan jelas dan realistik adalah seperti mahu memiliki perniagaan sendiri, atau mahu menjadi penulis terkenal, atau mahu berhenti dari merokok.

Kesimpulannya, untuk mengubah diri kita perlulah bermula dengan diri kita sendiri. Tetapkan matlamat yang realistik dan bertindaklah mengikut jalan atau strategi yang kita bina.....

RENUNGKAN, FIKIRKAN dan BERTINDAKLAH

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails