Kita berpakaian untuk melindungi tubuh, untuk nampak lebih
berketerampilan, juga sebagai melaksanakan sunnah yang dianjurkan Islam.
Namun tidak semua konsep berpakaian menepati syariat, malah ada
ketikanya ia mendatangkan ‘bala’ pula kepada kita. Ini sama seperti
pesan Rasulullah lewat hadis baginda;
Daripada Abu Hurairah r.a.,
katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua macam penghuni
neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang
memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang
lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang
(kerana pakaiannya tidak menutup aurat,
nipis
dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim)
dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak
dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau
syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (Sahih Muslim)
Salah
satu budaya malang yang menimpa wanita Islam dewasa kini ialah budaya
berpakaian tetapi telanjang. Kebanyakan wanita hari ini berpakaian
mengikut fesyen walaupun ada sesetengah fesyen yang dikenakan amat
bertentangan dengan syariat Islam. Ada sesetengah wanita pula
menyangkakan bahawa dengan bertudung, mereka sudah menutup aurat,
sedangkan apa yang mereka sarungkan di tubuh badan mereka hanyalah
pakaian yang nipis melayang ataupun yang ketat dan sendat seperti nangka
dibalut dan nampakkan segala-galanya. Ada juga yang menenakan tudung
tetapi menampakkan lengan (short sleeve).
Diriwayatkan oleh Abu
Daud dari Aisyah r.a. bahawa ketika Asma’ binti Abu Bakar r.a. bertemu
dengan Rasulullah SAW, ketika itu Asma’ sedang mengenakan pakaian tipis,
lalu Rasulullah SAW memalingkan muka seraya bersabda, “Wahai Asma’!
Sesungguhnya, jika seorang wanita sudah sampai masa haid, maka tidak
layak lagi bagi dirinya menampakkannya, kecuali ini ...” (baginda
mengisyaratkan pada muka dan tangannya).
Kenapa wajib menutup
aurat? Jawapannya ada dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang
bermaksud, “Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak
perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan
jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka
lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah
adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (Surah al-Ahzab [033], ayat
59)
Dalam urusan berdandan atau berhias-hiasan bagi golongan
isteri juga haruslah dilakukan menepati syariat seperti mendapat izin
suami terlebih dahulu. Ini ditegaskan Rasulullah SAW seperti yang
diceritakan daripada Asma Abu Bakar mengenai seorang wanita yang datang
bertanya kepada Rasulullah, “Saya mempunyai kemusykilan. Berdosakah
kalau saya berdandan dengan harta suami yang belum diberikannya kepada
saya?” Balas Rasulullah SAW, “Orang yang berdandan dengan apa yang belum
diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu (penuh
dosa).” (Sahih Muslim)
Renung-renungkan!
No comments:
Post a Comment