Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!
Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia
sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah
hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran?
Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat
kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita
gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau
mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan
tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita
bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai
nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan
dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan
kerana Allah Ta'ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah
kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..
Fikirkan, kita hidup di Malaysia.. negara yang aman daripada
peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan
nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak
seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan
nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini
sebanyak 31 kali.
"Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)
Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah
yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa
nak ucapkan:
"Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!"
Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa...lalai..
Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, "Kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!"
Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah
itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk
hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya
meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan
itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini..
Na'uzubillah..
Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..
Dipetik dari iluvislam.com
No comments:
Post a Comment