"Innakala minal mursalin, a'la siratil mustaqim, tanzilal azizir rahim, litunzira qaumamma unzira aba uhum fahum ghafilun...kirim surat yaasin ini minima 10 orang insyaAllah 2jam kemudian kamu akan mendengar khabar baik dan mendapat kebahagiaan, demi allah ini amanah dan jangan dihapus sebelum disebarkan..Amin".
Petikan di atas adalah satu SMS yang saya terima dari seorang kawan. Anda percaya atau tidak dengan SMS ini..Pelik saya dibuatnya. Mana tidaknya, SMS berangkai begini dihantar oleh seorang kawan yang bergelar ustaz. Barangkali ustaz ini telah percaya dengan menyebarkan SMS2 begini dapat mendatangkan kebaikan atau kebahagiaan kepada seseorang penghantar. Sedangkan baik buruk sesuatu itu adalah qada dan qadar Allah S.W.T.
Perkara sebegini boleh menggugat aqidah kita sebagai seorang Islam. Cuba kita fikirkan, jika kita percaya dengan menyebarkan SMS2 begini boleh mendatangkan kebaikan kepada kita ataupun kebahagiaan boleh berada disisi kita maka kita dengan tidak sedar telah menafikan bahawa Allah berkuasa menentukan sesuatu perkara, bukan dengan hanya menyebarkan SMS sahaja boleh mendapat khabar kebaikan atau kebahagiaan. Jika ini belaku dimanakan aqidah kita. Kita percaya pada kekuasaan Allah atau kesaktian SMS yang dihantar kepada 10 orang manusia.
Dari sudut yang lain pula jika kita lihat kepada penulisannya pula tentu sekali boleh merosakkan Ayat Allah yang mulia. SMS telah ditulis dengan menggunakan tulisan rumi dan bukannya tulisan Arab. Jika orang yang tahu bahasa Arab mungkin bacaannya betul. Tapi bagaimana pula dengan orang yang tidak tahu bahasa Arab bahkan juga tidak pandai membaca Al-Quran. Tentu sekali bacaannya tidak tepat kerana huruf2 Al-Quran mempunyai sifat2 serta makhraj2 yang tertentu.
Tulisan ini bukan untuk memperkecilkan ustaz berkenaan tetapi sebagai peringatan kepada diri sendiri bahawa perkara yang kita anggap mungkin remeh itu tanpa sedar boleh memesongkan aqidah kita.
RENUNGKAN, FIKIRKAN, BERTINDAKLAH......
No comments:
Post a Comment