Assalamu'alaikum....
Kalimah salam
Sering kali kita ucapkan
Ianya di anjurkan dalam Islam
Hukumnya sunat
Tapi jawab salam wajib
Tapi macamana dengan situasi ni
Situasi 1
Ahmad sedang enak menjamu selera di kanti tempat kerjanya
datang kawannya bernama Ali masuk ke kantin dan memberi salam
tak lama kemudian datang pula Alias juga masuk ke kantin dan memberi salam
lima minit kemudian datang Abu dan Asmadi, mereka berdua juga memberi salam
ha...macamana ni..Ahmad wajib jugak ke jawab salam mereka semua?
Situasi 2
Mesyuarat bulanan syarikat Badli Sdn Bhd. Seramai 25 orang menyertai mesyuarat tersebut. Badli memulakan mesyuarat dengan memberi salam dan ucapan sejahtera.
Macam2 yang telah mereka bincangkan dalam mesyuarat tersebut. Sebelum berakhirnya mesyuarat, Badli meminta semua ahli mesyuarat bercakap. Maka semua mereka bercakaplah. setiap orang yang bercakap memulakan percakapan mereka dengan salam..
Aduyai 25 salam perlu dijawab...macamana ni...?
Sebagaimana yang kita tahu memberi salam ni hukumnya sunat dan menjawabnya adalah wajib.
Bagi situasi 1, Ahmad wajib jawab salam kawan2nya...tapi kalau makanan ada dalam mulut tak wajib bagi Ahmad untuk jawab. Yang kawan2 si Ahmad ni sepatutnya kalau nampak dah si Ahmad ni tengah makan tak payah la beri salam...ianya hanya sunat, takut2 perkara sunat yang kita nak buat menyusahkan orang lain pulak....
Bagi situasi 2 pun sama. 25 salam la kita kena jawab. Teringat masa zaman2 sekolah dulu sorang ustaz pernah bagitau. "Kalau dalam mesyuarat atau dalam majlis dimana ramai yang bercakap maka cukuplah orang yang pertama sahaja beri salam, yang lain tu tak payah la..."Eh! apa hikmahnya kat sini...pertama kalau 25 orang beri salam, maka jenuh la kita nak jawab 25 salam tadi...kalau ada 100 orang???Kedua pulak biasanya dalam mesyuarat ni tentu ahli ingin menyatakan idea2 mereka. Kalau dah asyik nak jawb salam je, takut2 hilang pulak idea mereka ni...perkara sunat yang nak kita buat jadi menyusahkan orang pulak. Ia seolah-olah kita nak buat solat sunat tapi kita buat solat tu kat tempat laluan orang. Kan ini menyusahkan orang....
RENUNGKAN, FIKIRKAN dan BERTINDAKLAH
No comments:
Post a Comment