ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN

Hebat juga kata2 di atas. "Anda adalah apa yang anda fikirkan". Eh betul ke ni...? Sebelum kita pergi lebih jauh cuba anda ubah kata2 di atas kepada "AKU adalah apa yang AKU fikirkan"... Sekarang cuba anda fikir dan katakan dalam hati anda; "Aku malas la hari ni...penat laa...letihnya..." Terasa satu aura yang membuatkan kita rasa malas je hari ni...kenapa ye? Inilah kuasa minda. Anda akan jadi seperti apa yang anda fikirkan. Anda fikirkan anda malas, anda akan jadi malas. Anda fikirkan anda penat, anda akan terasa penat. Anda fikirkan anda tak sihat, anda akan rasa diri anda tidak sihat. Selalu terjadi pada diri kita, apabila selesai sahaja kerja kita atau pulang ke rumah setelah seharian di tempat kerja, kita akan berkata "aduhai...penatnya hari ni","aduh tak larat laaa". Tanpa kita sedar apa yang kita katakan itu lahir dari pemikiran kita dan tanpa kita sedar juga pemikiran dan perkataan kita tadi membuatkan kita berasa benar2 penat dan benar2 tidak larat. Hmmmm...Tentu anda sekarang terasa yang diri anda ketika ini penat je kan..? Ataupun tak larat ataupun rasa macam malas je... Baiklah, sekarang cuba kita ubah pemikiran dan perkataan kita tadi kepada sesuatu yang lebih positif. Anda fikirkan dan katakan dalam hati anda: "Aku rasa tak penat pun hari ni.." "Rasa tak larat pun takde.." "Yes aku rasa cergas..Sekarang aku bersemangat nak buat kerja" Sekarang apa yang anda rasa. Tentu ada sedikit perubahan bukan? Tadi anda rasa seolah-olah anda telah kehilangan tenaga. Tapi setelah anda fikirkan dan ucapkan kata2 yang positif tadi bagai ada satu kuasa pula yang menyelinap masuk ke dalam diri anda... Inilah kuasa minda...Cukup hebat kuasa ini dan ianya hanya dianugerahkan kepada manusia sahaja. Makhluk lain yang dicipta oleh Sang Pencipta tidak sehebat manusia kerana mereka tidak dianugerahkan akal fikiran. Oleh itu, gunakanlah akal fikiran anda sebaik mungkin kerana ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN. RENUNGKAN, FIKIRKAN dan BERTINDAKLAH

1 comment:

Anonymous said...

aku adalah yang paling hebat hari ini.. mmg ada kebenarannya post ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails