CAMPING DATANG LAGI_PART 3

Haaa....Kembali lagi dalam siri camping datang lagi. Masih berkisar tentang citer takut. Tapi bukan kisah2 rasukan atau terkene sampuk yang ibnjumhur nak citer. Kali ni ibnjumhur nak citer tentang bagaimana nak mempersiapkan diri atau menyediakan pendinding untuk hadapi perkara2 yang melibatkan syaitan dan jin ni, atau pun perkara2 sihir yang dilakukan oleh manusia yang kaya dengan sifat hasad dan dengki.

Ok, yang pertama sekali tentunya kita kena yakin bahawa Allah Maha Berkuasa. Tak ada satu pun kuasa yang dapat menandingi kekuasaan Dia. jika kita yakin, ini akan menyebabkan diri kita akan lebih kuat untuk hadapi sebarang bentuk ancaman. Kenapa? Biasanya benda2 halus cam syaitan, iblis dan jin ni dapat masuk kedalam badan manusia yang lemah. Mereka masuk melalui lubang2 atau salur liang roma. Kalau lah badan kita lemah, maka lebih mudah la benda2 ni nak masuk. Tapi kalau kita kuat agak susah jauga nak tembusi badan kita. Umpama 2 kumpulan tentera yang berperang, 1 kumpulan kuat dan 1 kumpulan lagi lemah. Secara logiknya tentulah kumpulan yang kuat akan dapat mengatasi kumpulan yang lemah tadi.

Ada banyak amalan atau bacaan yang boleh kita amalkan dalam usaha untuk membina pendinding diri. Boleh lah rujuk pada buku2 rawatan atau perubatan islam tentang jin dan syaitan ni. Atau boleh juga berguru dengan guru2 yang 'alim, yang mempunyai ilmu perubatan tentang jin dan syaitan ni. Contohnya macam Dato' Dr. Harun Din.

Dalam ruangan ni ibnjumhur cuma nak berkongsi satu cara ataupun bacaan yang boleh kita jadikan amalan sebagai pendinding supaya tidak diganggu oleh jin dan syaitan.
Caranya hanya dengan membaca surah Al-Fatihah. Setiap kali selepas kita mengerjakan solat fardhu kita bacakan surah Al-Fatihah ini. Niatkan ia sebagai pendinding untuk diri kita.

Cara mengamalkan bacaan Surah A-Fatihah:

Hari pertama ; baca surah Al-Fatihah 1x setiap kali lepas solat
Hari ke2 ; baca surah Al-Fatihah 2x setiap kali lepas solat
Hari ke3 ; baca surah Al-Fatihah 3x setiap kali lepas solat
Hari ke4 ; baca surah Al-Fatihah 4x setiap kali lepas solat
Hari ke5 ; baca surah Al-Fatihah 5x setiap kali lepas solat
Hari ke6 ; baca surah Al-Fatihah 6x setiap kali lepas solat
Hari ke7 ; baca surah Al-Fatihah 7x setiap kali lepas solat

Hari ke8 dan seterusnya kekalkan bacaan surah Al-Fatihah 7x setiap kali lepas solat.

Cubalah amalkan bacaan ini. Insya Allah keyakinan kepada kita terhadap Sang Pencipta akan lebih meningkat dan ianya menjadi pendinding terhadap usaha jahat syaitan, jin dan manusia (sihir). Insya Allah....

RENUNGKAN, FIKIRKAN dan BERTINDAKLAH...

2 comments:

belalang said...

syukran Ostad, Terima kasih dengan info yang diberikan.

ibnjumhur4 said...

'afwan...sekadar berkongsi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails