Sabda Rasulullah S.A.W.:"Barang siapa inginkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu.Barang siapa inginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu.barang siapa inginkan kedua-duanya maka hendaklah dengan ilmu"...أو كما قال
Tak dapat dinafikan lagi kepentingan ilmu.Semua perkara yang kita nak samada perkara melibatkan dunia mahupun akhirat mestilah dengan ilmu...
pemimpin nak memimpin mesti dengan ilmu..
guru nak mengajar mesti penuh ilmu di dada..
nak bawa kereta kena ada ilmu..
nak beramal kena ada ilmu..
nak makan kena ada ilmu..
nak menulis kat sini pun kena ada ilmu...nak berdakwah wajib ada ilmu..pendek kata semua lah kena ada ilmu..yang lagi best tu pencuri nak mencuri pun kena pakai ilmu..
Tinggi sungguh martabat ilmu ni.buktinya semua malaikat sujud pada Adam.
"Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.”Al-Baqarah:31
Allah s.w.t telah mengurniakan kepada Adam a.s ilmu seperti firman-Nya:
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, iaitu Allah mengajarkan kepada Adam segala nama-nama semuanya.
Kata Ibn Abbas: “Semua nama-nama diajar hingga kepada perkara yang kecil-kecil.”
hmmm...kan jelas kat sini yang Nabi Adam memiliki ilmu yang sangat luas..dan diangkat darjatnya...
Dalam surah al-Kahfi ayat 50 pula Allah menyuruh semua malaikat sujud kepada Nabi Adam.
sekarang saya nak kaitkan ilmu dengan tajuk saya di atas.mengapa tajuk saya bagai gelas kosong?...Ya..dalam menuntut ilmu kita x boleh nak kata yang kita ni dah tau semuanya...cubalah jadi seperti gelas yang kosong.apabila diisi air maka penuhlah gelas tadi.cuba kalau kita jadi gelas yang dah penuh...tentu air yang diisi takkan masuk dalam gelas tu kn..?begitulah juga dengan ilmu..walaupun kita dah tau tapi mungkin apa yang nak disampaikan kpd kita sesuatu yang baru yang belum pernah kita ketahui...tp jgn pulak kedekut nak kongsi ilmu...sampaikan walaupun satu perkataan...bak kata Nabi Muhammad S.A.W. :"Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat"...
ok sampai sini dulu....ni la post saya setelah lama x menulis...tq
No comments:
Post a Comment