BACAAN DLM SOLAT-SURAH AL-FATIHAH

Membaca al-Fatihah adalah salah satu daripada rukun-rukun solat. Rasulullah S.A.W. berfirman yang bermaksud:"Tidak sah solat bagi yang tidak membaca al-Fatihah". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Jika sesiapa meninggalkan bacaan al-Fatihah, maka solatnya batal(tidak sah).

Setiap kali membaca al-Fatihah dalam solat, kita sebagai hamba sebenarnya berkomunikasi dengan Allah. inilah dialog dua hala antara san hamba dan Khalik.

Rasulullah S.A.W. meriwayatkan bahawa Allah berfirman yang bermaksud: "Aku bahagikan solat antaraKu dan hambaKu kepada separuh, dan bagi hambaKu apa yang dipintanya...".

Hamba : Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Khalik : HambaKu telah mengingatiKu

Hamba : Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Khalik : HambaKu telah memujiKu.

Hamba : Yang menguasai pada hari Pembalasan.

Khalik : HambaKu telah mengagungkan Ku.

Hamba : Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

Khalik : HambaKu telah memuliakanKu.

Hamba : Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Khalik : Ayat ini antara Aku dan hambaKu, dan hambaKu berhak atas apa yang ia minta.

Hamba : (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Khalik : Ini semua untuk hambaKu dan hambaKu berhak atas apa yang dia minta.

(Hadis riwayat Muslim, al-Tirmizi dan al-Nasa'i)

info dari majalah SOLUSI

RENUNGKAN, FIKIRKAN dan BERTINDAKLAH

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails