Keistimewaan Lailatul Qadar

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran pada malam Al-Qadar. dan, tahukah engkau (wahai Muhammad) apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar ialah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun sekalian malaikat dan (diketuai oleh) Jibril dengan izin Tuhannya, untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar." (Surah al-Qadar)

Malam al-Qadar adalah malam kemuliaan penuh barakah, malam mulai di turunkan al-Quran, dan ia berlaku pada setiap tahun demi memberi peluang kepada umat Nabi Muhammad membanyakkan amal ibadah, kerana amal soleh yang dilakukan pada malam itu (malam al-Qadar) diberi pahala beramal selama seribu bulan (83 tahun 4 bulan).

Pada malam-malam 10 terakhir kita di sunatkan ber'iktikaf di masjid dengan melakukan pelbagai ibadah. Dengan berbuat demikian, insya-Allah kita akan bertemu lailatul Qadar, yang berkemungkinan besar berlaku pada salah satu malam daripada bulan Ramadhan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails